Untuk Peringatan Saya

Syair Si Burung Pingai ~ Hamzah Fansuri

Mac 14, 2007

Hamzah sesat di dalam hutan
pergi uzlat berbulan-bulan
akan kiblatnya picek dan jawadan
inilah lambat mendapat Tuhan

Unggas pingai bukannya balam
berbunyi siang dan malam
katanya akal ahl al-alam
Hamzah Fansuri sudahlah kalam

Tuhan hamba yang punya alam
timbulkan Hamzah yang kalam
ishkinya jangankan padam
supaya warit di laut dalam

~ Hamzah Fansuri

Search This Blog

Popular Posts

Saturday, June 6, 2009

Nengok tai chi

Pagi ni aku pun naik le basikal kat bagi peluh peluh sikit..dari rumah ke padang golf di kuantan terus ke Taman Gelora.Sampai Taman Gelora aku pun tengok ramai orang berkumpul dlm 7.30 pagi.

Aku nengok satu lelaki cina ni ajar orang joget-joget..tai chi rasanya..siap ada musik.dari jauh dah macam disko zaman 70an aku nak juga joget sama tapi takut esok tai chi ni di larang di adakan sebab kelucahan joget aku.Benda ni satu benda yang bagus lah..pada aku melayu kampung ni nengok tak ada pun sapa peduli ko melayu ke ko cina ke ko india ke ..melainkan kalau ko antu le .....semua lari.

Tak perlu le ada wakil rakyat dengan ucapan perpaduan buat orang sakit ati je dengar..

jadi kadang-kadang kita tak sedar yang perpaduan memang nya ada wujud dan tak sedar ianya dah lama..hanya org yg berkempen je sibuk melagakan kita.orang kampung macammaku ni bukannya bodoh le macam dulu.

Tu le yang aku tengok hari yang buat aku pikir..dari mata melayu kampung macam aku..

Friday, June 5, 2009

MELAYU DAN KAWAN

Aku ni melayu kampung yang mula nak ber blog..jadi aku pun cubalah mem belogkan diri ni.Aku tak pandai cakap omputih .Kampung aku dulu sorang je pandai cakap orang putih tu pun cikgu benggali>>bukan melayu.

Jadi blog ni nak cerita pasal melayu tak kira miskin kaya ..tak nak cerita politik ..semua cerita pandangan sorang melayu ni hari hari apa ynag dia tengok..apa yang difikirkan..kadang kadang termasuk gak bahasa omputih..tu maknanya aku tau le sikit..

Jadi dari masa ke semasa aku pun akan masukkan le apa yang tefikir dalam otak ni..apa yang kawan;kawan aku buat or apa yang aku buat atau apa yang orang yang aku tak kenal buat..

Hari ni aku nengok le orang melayu suka kutip duit buat masjid..surau etc..bukanle nak ngutuk tapi dah tak cukup masjid ke dah di malaysia ni..ada masjid pun kosong..aku ni bukannya pandai sangat tapi kutip derma ni dah jadi benda kesukaan melayu..dari jabatan kerajaan ..sekolah masjid ..apa je lah..Derma ni biar le untuk orang yang memerlukan..bukan tuk kutip duit tuk sukan atau tuk buat jamuan jemput orang kaya..itu yang aku tengok hari ni..Melayu dan kawan kawan.