Untuk Peringatan Saya

Syair Si Burung Pingai ~ Hamzah Fansuri

Mac 14, 2007

Hamzah sesat di dalam hutan
pergi uzlat berbulan-bulan
akan kiblatnya picek dan jawadan
inilah lambat mendapat Tuhan

Unggas pingai bukannya balam
berbunyi siang dan malam
katanya akal ahl al-alam
Hamzah Fansuri sudahlah kalam

Tuhan hamba yang punya alam
timbulkan Hamzah yang kalam
ishkinya jangankan padam
supaya warit di laut dalam

~ Hamzah Fansuri

Search This Blog

Popular Posts

Friday, June 5, 2009

MELAYU DAN KAWAN

Aku ni melayu kampung yang mula nak ber blog..jadi aku pun cubalah mem belogkan diri ni.Aku tak pandai cakap omputih .Kampung aku dulu sorang je pandai cakap orang putih tu pun cikgu benggali>>bukan melayu.

Jadi blog ni nak cerita pasal melayu tak kira miskin kaya ..tak nak cerita politik ..semua cerita pandangan sorang melayu ni hari hari apa ynag dia tengok..apa yang difikirkan..kadang kadang termasuk gak bahasa omputih..tu maknanya aku tau le sikit..

Jadi dari masa ke semasa aku pun akan masukkan le apa yang tefikir dalam otak ni..apa yang kawan;kawan aku buat or apa yang aku buat atau apa yang orang yang aku tak kenal buat..

Hari ni aku nengok le orang melayu suka kutip duit buat masjid..surau etc..bukanle nak ngutuk tapi dah tak cukup masjid ke dah di malaysia ni..ada masjid pun kosong..aku ni bukannya pandai sangat tapi kutip derma ni dah jadi benda kesukaan melayu..dari jabatan kerajaan ..sekolah masjid ..apa je lah..Derma ni biar le untuk orang yang memerlukan..bukan tuk kutip duit tuk sukan atau tuk buat jamuan jemput orang kaya..itu yang aku tengok hari ni..Melayu dan kawan kawan.

No comments:

Post a Comment