Untuk Peringatan Saya

Syair Si Burung Pingai ~ Hamzah Fansuri

Mac 14, 2007

Hamzah sesat di dalam hutan
pergi uzlat berbulan-bulan
akan kiblatnya picek dan jawadan
inilah lambat mendapat Tuhan

Unggas pingai bukannya balam
berbunyi siang dan malam
katanya akal ahl al-alam
Hamzah Fansuri sudahlah kalam

Tuhan hamba yang punya alam
timbulkan Hamzah yang kalam
ishkinya jangankan padam
supaya warit di laut dalam

~ Hamzah Fansuri

Search This Blog

Popular Posts

Thursday, September 8, 2011

Merdekakah aku?...-touvan fatailah-

Bergema Lautan manusia pelbagai warna merayakan Kemerdekaan,
sejak pemimpin pertama melontarkan AKSARA itu,
Masih segar terngiang dicorang telingga sehingga kini,
namun obar cahaya itu tidak seterang dahulu,
cahayanya semakin redup di telan kemodenan,
dimamah ketandusan manusia yang alpa memahami maksud tersiratnya..


aku anak merdeka,
bebas menebarkan sayap agungku,
tanahku telah dikembalikan dan kukira tiada lagi penjajahan,
namun hatiku telah ditawan,
dengan pelangi barat yang menjanjikan kebahgiaan..


aku anak merdeka,
berpaksikan bendera asing,
mengejar emas dinegara orang,
kembali bertulangkan dusta,
bartuankan manusia setinggi pangkatnya
demi mengejar kesesatan duniawi.


Adakah Aku merdeka?
berteduhkan kekalutan jiwa,
mencengkan daging mentahku,
semakin hitam dan luluhnya,
meratah nilai pada yang Maha Esa..


teruskan larian tarimu wahai anak muda,
teruskan mencari jalan disetiap simpang yang menyesatkan,
jeritkan hatimu pada kemerdekaan sebenar,
pada tanah Tumpah darah mu..

2 comments: