Untuk Peringatan Saya

Syair Si Burung Pingai ~ Hamzah Fansuri

Mac 14, 2007

Hamzah sesat di dalam hutan
pergi uzlat berbulan-bulan
akan kiblatnya picek dan jawadan
inilah lambat mendapat Tuhan

Unggas pingai bukannya balam
berbunyi siang dan malam
katanya akal ahl al-alam
Hamzah Fansuri sudahlah kalam

Tuhan hamba yang punya alam
timbulkan Hamzah yang kalam
ishkinya jangankan padam
supaya warit di laut dalam

~ Hamzah Fansuri

Search This Blog

Popular Posts

Thursday, October 13, 2011

MENUJU DESTINASI..puteraduyong

kaki semakin deras berlari

mengejar impian tak pasti

merempuh segala ranjau

meredah onak belukar

walau habis tercalar

walau penuh luka

walau terpercik darah merah

kaki tetap jua melangkah

tiba di suatu hentian

hentian penuh kenikmatan

penuh asyik melalaikan

kaki ini dalam dilema

apa mahu teruskan melangkah

atau berhenti sahaja

atau terus menari

tarian nikmat penuh asyik

tarian duniawi penuh noda

akhirnya kaki menapak kembali

tiada tersadung di hentian itu

tiada termakan jerat halus mulus

ciptaan manusia lalai

destinasi semakin dihampiri

destinasi kekal abadi

destinasi penuh bidadari

No comments:

Post a Comment