Untuk Peringatan Saya

Syair Si Burung Pingai ~ Hamzah Fansuri

Mac 14, 2007

Hamzah sesat di dalam hutan
pergi uzlat berbulan-bulan
akan kiblatnya picek dan jawadan
inilah lambat mendapat Tuhan

Unggas pingai bukannya balam
berbunyi siang dan malam
katanya akal ahl al-alam
Hamzah Fansuri sudahlah kalam

Tuhan hamba yang punya alam
timbulkan Hamzah yang kalam
ishkinya jangankan padam
supaya warit di laut dalam

~ Hamzah Fansuri

Search This Blog

Popular Posts

Sunday, August 28, 2011

TERJAGA DALAM DAKAPAN-MU..Bahazain



Aku tak mahu terlena lagi,
aku ingin berjaga sepanjang waktu,
dalam dakapan-Mu:
dalam kata-kata,
dan kalimat-kalimat,
dingin bagai embun,
sebening hujan,
setenang air di kolam.



Daripada enam ribu enam ratus enam belas sabda itu,
daripada sembilan puluh sembilan nama-Mu,
ada sebuah kata,
Ramadhan dengan seribu bulan,
tanda kasih sayang,
ah! aku tak ingin terlena lagi,
dalam dakapan yang abadi.

Dakaplah aku erat-erat,
rengkuh nafasku dalam-dalam,
sampai aku lemas,
dalam cinta-Mu

No comments:

Post a Comment