I found this sajak to be quite interesting:
Sajak - Kerusi
Kerusi
Menjodohkan calon
Di peti undi
Kerusi
Merealisasikan kempen
Rumah ke rumah
Khemah ke khemah
Desa ke kota
Kota ke desa
Kerusi
Menyaksikan umarak
Berkampung di kota
Berbandar di desa
Meriah
Riuh-rendah
Kerana kerusi
Api tohmah
Api fitnah
Berumah di hati rakyat
Berkhemah di akal masyarakat
Kerana kerusi
Yang menang
acapkali lupa akan jalan pulang
Yang menang
Acapkali lupa daratan!
Chai Loon Guan,
Tg.Malim.
Poem of exquisite truth
ReplyDelete